Sunday, November 29, 2009

Kembara Di Ulu Bendol-(Ala Bajet)



Di sini biarlah aku mempekanalkan diri aku sebagai applehijau...aku ingin berkongsi pengalamanku bersama-sama rakan mengembara di Ulu Bendol,Negari Sembilan ala-bajet.Seramai 8 orang yang mengikuti expedisi kembara ini.6 orang dari kami berasal dari Sijangkang,Selangor dan 2 orang lagi iaitu aku dan adik ku berasal dari Shah Alam Selangor. Di sebab kami tinggal berlainan tempat, kami mengambil keputusan keputusan menunggu di train Shah Alam.

Aku ingin mempekenalkan rakan yang mengikuti Expedisi Kembara:-



1) Applehijau-aku



2)Sekak



3)Ojet



4)Wan



5)Ober



6)Jelik



7)Dyn



8)Amir (Adik Aku)



Di sebabkan kami membuat expedisi bajet, biarlah aku memberitahu berapa bajet yang di perlukan untuk expedisi pada kali ini..


Train Shah Alam ke Seremban :-RM7.60 (seorang)


Perjalanan kami bermula pada pukul 11.00 am.Bermula di train Shah Alam kami terpaksa menunggu 30minit untuk sampai ke KL Sentra.



Selepas tiba ke KL Sentre, kami perlu menukar train ke platform 6 iaitu Seremban. Di sebabkan perjalanan seremban begitu jauh,aktiviti kami ketika itu adalah berbual kosang. Perjalanan ke Seremban mengambil masa 50minit.Kami sampai ke Station Seremban pada pukul 12.20 am. Perjalanan yang panjang membuatkan ramai ingin tempat untuk melepaskan hajat. Aku bersama temanku Sekak mengambil keputusan menjaga beg rakan-rakanku.




Inilah Sekak.Dia yang menjaga beg kami sewaktu rakan-rakan pergi menunaikan hajat.Aku pulak mestilah orang yang mengambil gambar Sekak.Setelah selesai semuanya, kami mengambil keputusan berjalan sebentar di Seremban Prade. Ada di antara kami yang terlupa membawa barang keperluan diri. Jadi di Seremban Paradelah tempat mencari keperluan itu.



Di antara rakan aku yang terlupa membeli barang keperluan adalah Jelik.Inilah Jelik.Sempat lagi dia membeli berus gigi.Bila melihat begnya saja,memang betullah kami sedang mengembara.




Selepas selepas selesai membeli barang yang di ingini, kami bergerak ke Terminal One.Perjalanan ke Terminal One mengambil masa selama 10minit.Kami berjalan berkumpulan. Ada yang memandang kami seakan kepelikan. Mana taknya,berjalan kaki membawa beg besar. Mesti ada di antara perjalan kaki terfikir kemanakah kami akan pergi. Sebelum sampai ke Terminal One,kami sempat bergambar.Biasalah, taknak lepaskan peluang peluang setiap tempat yang kami pergi.

Lihatlah teman-teman ku.Mereka tidak melepaskan peluang untuk bergambar di Tembok "Welcome To Seremban"kalau tidak bergambar di situ,nanti orang tidak percaya pulak kami berada di Seremban.Aku ingin memberitahu,kawan ku yang bertopi koboi itu bernama Ober.Dialah ketua pada expedisi kami pada kali ini.Hanya Ober saja yang pandai mengatahui jalan dan tempat untuk kami tujui. Dia juga mempunyai kenalan di tempat itu.Jadi, kami akan lebih mudah untuk memasuki hutan itu.


Di sebabkan Town Seremban begitu cantik dengan lanskapnya.Kami tidak melepaskan peluang sekali bergambar. Sebenarnya selain mengembara,kami suka melihat persekitaran.Dengan melihat pesekitaran,dapat membuka minda kami bahawa Malaysia bergitu cantik.Di sebabkan ia cantik,banyaklah pelancung yang menyukai tempat-tempat di dalam Malaysia.

Sebelum tiba ke Terminal One, kami singgah membeli barang-barang untuk membuat BBQ.Selain membeli Ayam ,kami juga membeli barang-barang kudapan.Di sebabkan makanan yang kami begitu mewah,harga keseluruhan kami adalah RM130.00.



Bajet keseluruhan membeli bekalan makanan:RM130.00/8 org= RM16.25sen.



Setelah selesai membeli barangan makan.Kami terus ke Perhentian Bus Terminal One.Kami menunggu bus Kuala Pilah.Kami terpaksa mencari lorong bus Kuala Pilah.Selepas menyumpainya,kami berkumpul melepaskan lelah.Kami terpaksa menunggu bus selama 30minit.





Selepas bus tiba,kami menarik nafas lega.Bukan hanya menunggu bus sampai,kami tepaksa menunggu bus bergerak.Bus hanya akan bergerak apabila penumpangnya penuh. Hampir 30 minit jugalah penumpang barulah penuh.Di dalam bus juga,kami siap berbergambar.Bus bergerak pada pukul 4.00 pm.Perjalanan kami kedestinasi mengambil masa selama 3ominit.Ada di antara kami mengambil kesempatan untuk tidur sebentar bagi melepaskan lelah.


Bajet tambang ke Ulu Bendol: RM2.50 seorang


Kami tiba di Ulu Bendul pada pukul 4.30pm. Apabila sampai di Ulu Bendul,kami terpaksa berjalan kaki memasuki hutan berkenaan.Untuk berkhemah atau tidur disini,orang ramai perlu melapurkan diri di Jabatan Renjer terlebih dahulu.Ini bagi memudahkan jabatan perhutanan mengatahui berapa ramai orang yang berada di Hutan berkenaan.

Perjalanan kami untuk melapur diri mengambil masa selama 10minit.Laluan kami bergitu cantik kerana melalui pokok-pokok besar.Ia bukan hanya sekadar pokok,setiap pokok yang berada disini ada di labelkan nama-namanya.

Setelah tiba di rumah ranjer,kami di beri sedikit maklumat sebelum di serahkan kunci.Kami menyewa 2 chalet di sebabkan ada wanita yang mengikuti expedisi kami ini.Wanita itu adalah Aku(applehijau) & Wan sape lagi.Kami juga menyewa peralatan membakar BBQ.



Bajet yang di perlukan:


2 Chalet (RM10.00) + peralatan membakar BBQ (RM15.00)=RM25.00


RM25.00/8 orang=RM3.20







Kami di beri Chalet di Tempat bernama Taman Ular Sawa. Mengerunkanlah pula.Tapi kata ranjer bekenaan,semua Ular bekenaan telah di pindahkan.







Setelah sampai, kami bergerak ke Chalet masing-masing.Kami berkemas dan mengeluarkan barang-barang masing-masing.Di sebabkan malam ini kami ingin membuat BBQ,penyediaan memotang ayam di tugaskan pada Ojet.Ojet paling pakar memotong ayam dan memeram ayam.Lihat saja aksinya memotong ayam.


Sementara pemotongan ayam selesai,kami melihat pemandangan disekeliling tempat kami berada. Jelik pula menyediakan air panas untuk di minum.Air di masak diluar Chalet kami.Selasai semuanya selesai, aku dan rakan-rakan berjalan melihat keindahan.Kami singgah ke warung yang ada di situ untuk mengisi perut sementara menunggu BBQ pada malam nanti.
Bajet yang di perlukan:-

Mee Goreng RM3.00+ Teh Tarik 0.80=RM3.80

Selesai saja mengisi perut, terus ke Chalet kami.Kami terus memasuki Chalet untuk membersihkan diri sementara menunggu pada pukul 8.30Pm. Penyediaan membakar arang di tugaskan pada kaum adam.Aku dan Wan pula hanya melihat cara mereka membakar arang dan meletakan Ayam dan Hotdog.Begitu tekun mereka membakar. Lihat saja ayam itu,bergitu menyelerakan bila di pandang.




Sementara menunggu Ayam masak,perkara biasa sisi bergambar lagi.Sebabkan ayam yang kami banyak beli banyak,ayam di bakar sedikir demi sedikit.




Kami duduk di balkoni beramai-ramai sambil berbual kosang.Macam-macam
cerita yang di bualkan.Ayam yang panas begitu menyelerakakan.Ratahan demi ratahan yang menyelerakan ini mungkin di sebabkan tiupan angin hutan.Sementara menunggu kesemua ayam masak,aku memotong apple hijau untuk di jadikan dessert.Semasa memotong apple,jariku terhiris hingga menyebabkan perdarahan berlaku.Nasib baiklah Ober & Sekak membawa peti kecemasan.Meraka membersihkan luka aku.Selesai membersihkan luka aku,aktiviti makan bermula kembali.Aktiviti makan kami berakhir pada pukul 12.00am.



Kami mengambil keputusan untuk berkaroke diseberang jalan.Sewaktu berjalan,kedengaran bunyi serangga di malam hari.Semasa berjalan,kami sempat bergambar.




Perjalanan kami ke tempat karoke mengambil masa 10minit.Disitu,kami memilih 9 lagu.








Bajet yang di perlukan:

3 lagu (RM5.00) x 9 lagu=RM15.00/8orang= RM2.00
Teh tarik=RM0.80
Kami berkaroke sampai pukul 4.30pagi.Walaupun lagu hanya 9 lagu saja,kami terpaksa menunggu giliran.Ini kerana karoke di sini adalah open air.Jadi,semua penonton boleh mendengar lagu yang di nyayikan oleh kami.Selesai sudah berkaroke,kami pun pulang ke Chalet untuk tidur.
Walapun tidur dengan lewatnya, ia tidak menjadi masalah untuk kami bangun awal.Kami menyediakan makan B'fast dan minum pagi.B'fast pagi ini adalah snawich ayam,roti bakar,ayam goreng & kopi panas.


Makanan yang begitu di buat begitu menkenyangkan.Kami mengambil keputusan untuk membawa makanan yang berlebihan ketempat mandi manda.Kami mula kemas untuk meninggalkan chalet.Kami meninggalkan chalet pada pukul 11.00am.Peralatan membakar dan kunci perlu di pulangkan di tempat asal.
Selesai penyerahan kunci,kami pergi ketempat kolam mandi.Di situ activiti bebas bermula.Kami mandi dengan seronoknya.Aku sebagai camera girls,menankap gambar mereka.Perut kami lapar kerana waktu tengahari sudah menjelang,aku memasak air untuk rakan-rakan aku.
Kami mandi & makan sampai pukul 12.30.Selepas selesai,kami pun bersiap-siap untuk pulang.Di situ menyediakan tandas awam. Untuk menyalin pakaian,kami terpaksa membayar.Walaupun kami terpaksa membayar,tandas yang digunakan bersih.Ia berbaloi sekali.

Bajet yang di perlukan untuk menyalin pakaian:RM0.50.



Kami terus ke tempat perhentian bus. Sebelum sampai ke perhentian bus,kami bergambar di tiang penanda Ulu Bendul.







Disinilah tempat kami menunggu bus.Sebelum bus tiba,kami bergambar lagi.Biasalah, kami tidak mahu melepaskan kenangan terakhir meninggalkan Ulu Bendol ini. Bus tiba pada pukul 2.00pm.Kami menaiki bus untuk bergerak ke train seremban.



Harga tambang bus ke Seremban: RM2.50

Kami tiba ke Station Seremban pada pukul 2.30petang. Disebabkan kami balik pada hari ahad,ramai orang yang berada di station bekenaan.Lama juga kami beratur ke mesin membeli tiket.Sebelum membeli tiket,kami bergambar lagi. Tapi pada kali ini,semua rakan-rakan kami dapat bergambar.Ini kerana aku menyuruh orang yang berada disitu mengambil gambar kami.


Setelah selesai mengambil gambar dan membeli tiket, kami menunggu train tiba.

Bajet train ke Shah Alam:RM7.60.


Setelah train sampai,kami memasuki train tersebut.Di sebabkan kerusi penuh,kami mengambil keputusan untuk duduk dibawah beramai-ramai.Seronok juga duduk beramai-ramai di bawah.Ramai yang melihat kami.Tapi disebabkan seronok,kami tidak mengambil kisah akannya.Perjalanan kami yang jauh dan memenatkan menyebabkan kami tidur dengan nyenyaknya.Kami hanya terjaga apabila KL Sentra hampir tiba.Setelah sampai ke KL Sentre,kami perlu menukar train ke Platform Pelabuhan Klang.Perjalanan yang lama menyebabkan ada di antara kami ingin menunaikan hajat.Semasa kami menunaikan hajat,train yang ingin di naiki telah belepas.Kami ketinggalan train.Kami terpaksa menunggu train selepasnya tiba.Semasa train tiba,kami terpaksa berebut-rebut dengan menumpang yang lain.Perjalan kami hingga ke Shah Alam mengambil masa 30 minit.Aku dan adik aku Amir turun di Shah Alam.Rakan-rakan yang lain akan turun di Klang.Perjalanan mereka masih jauh kerana apabila turun di Klang,mereka terpaksa berjalan kaki ke station bus.Mereka perlu menaiki bus banting untuk tiba di rumah mereka.

Inilah kembara bajet kami di Ulu Bendul.Bajet yang di perlukan untuk 2 hari di Ulu Bendul adalah:-

Train Shah Alam-Seremban pergi balik=RM15.20
Tambang Bus ke Ulu Bendul pergi balik=RM5.00
Makanan BBQ+Chalet =RM3.20
Mee Goreng+Tea Tarik =RM3.60
Karoke+Tea Tarik =RM2.80
Toilet Awam =RM0.50
Total Keseluruhan =RM30.30 (seorang)